Motivasi: Bangun dari Jatuh
Hi Assalamualaikum, harini Wan nak share my favourite quote dengan korang semua. Setiap orang pasti ada kata-kata motivasi yang korang sentiasa pegang dan guna untuk kehidupan harian korang. Dan quote tulah yang korang akan pegang dan guna setiap kali korang rasa downkan.
And Wan pun tak terkecuali ye. And my favourite quote:
"Jangan pernah bersedih dari apa yang terjadi hari ini. Sebab, kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada esok hari."
Since zaman sekolah, memang quote ni yang Wan pegang setiap kali Wan down dan sedih. Jujur Wan cakap perjalanan hidup Wan dari zaman sekolah memang tak mudah.
Masa Wan berumur 10 tahun, Wan kehilangan ayah yang terlibat dalam kemalangan. Ayah cedera parah dan meninggal dihospital. Dan Wan anak yang paling manja dengan Ayah Wan. Dan lepas pada tu pelbagai ujian yang datang. Wan tak datang dari keluarga yang senang, nak apa semua kena usaha sendiri.
Even nak ada handphone masa zaman sekolah pun tak ye. Tengok kawan-kawan lain yang ada handphone. Hahaha jujur lah sapa ja yang tak jeles kan. Tapi sebab tak mampu. Kalau pergi sekolah, memang kena ikat perut samaada sebelum pergi sekolah atay lepas balik sekolah baru lah dapat makan. And sepanjang zaman persekolahan tu adalah problem yang tak dapat Wan ceritakan. And setiap kali ada masalah tu, memang Wan akan down teruk. Kadang pi sekolah pun tak bermaya dan sedih selalu. Macam-macam fikir masa tu. Cuma Wan beruntung sebab Wan ada kawan yang sentiasa ada dan bagi nasihat at kawan-kawan. Dengan nasihat-nasihat merekalah Wan pegang sampai sekarang.
Wan sambung STPM, lagi berat ujian yang datang masa tu. Beberapa kalilah juga nak berhenti masa tu. Sampai jumpa cikgu kaunseling, berambu ayaq mata masa tu sebab terlampau berat dan tak tahan sangat dah masa tu. Dan cikgu-cikgu yang ajar subjek-subjek masa Wan STPM pun kena jumpa jugak. Beberapa kali jugalah tak masuk sekolah.
And my depression getting worse ye bila dapat hypertension di usia muda. Baru berumur 18 tahun masa tu dan doktor minta Wan untuk makan ubat hypertension(darah tinggi). Even hari-hari cek my BP still not normal. End up terpaksa makan ubat hypertension.
Dan ayat yang Wan tak pernah lupa dari ayat cikgu Wan sendiri.
"Wan nak sedih, sedih la Wan. Tapi cikgu nak esok-esok Wan jadi kuat. Masa sekarang memang Wan rasa susah sangat, mana tahu ujian yang Wan tengah hadapi sekarang ni, ada hikmah pada masa akan datang."
Dengan ayat yang cikgu bagi dekat Wan lah Wan guna hingga keharini. Alhamdulillah ada hikmah disebaliknya. Walaupun ada ujian yang selalu datang, Wan akan ingat kembali macam mana Wan kuat masa zaman sekolah. Dengan ayat cikgu Wan lah Wan pegang hingga sekarang.
Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Selalu orang akan guna quote ni untuk term berusaha kan. Tapi Wan ini one of my favourite yang Wan akan guna juga. Biarlah Wan susah dan perit dahulu, mana tahu pada masa akan datang, Wan akan lebih kuat. Semoga Wan akan terus kuat dan lebih kuat untuk masa akan datang. Dan terima kasih buat insan-insan yanh sentiasa ada dengan Wan saat Wan rasa susah sangat.
My aim, tetap positif dan tersenyum walau seberat ujian yang datang. Tak nak kembali dengan Wan yang dahulu. Doakan Wan ya kawan-kawan. Untuk korang semua ingat tau, Wan tahu ujian kita berbeza-beza. Tapi korang kena yakin, one day korang akan dapat something yang korang akan bersyukur sangat. Dan amalkan doa ni ye kawan-kawan ketika korang berada dalam kesusahan. InshaAllah.
"Jangan pernah bersedih dari apa yang terjadi hari ini. Sebab, kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada esok hari."
Ingat tau. Love u allz..
Wan Syafiqah
Pengedar Sah Shaklee Padang Serai
Ulasan
Catat Ulasan