Renewal Mudah Dengan Shaklee
"Saya pernah daftar member Shaklee dengan orang lain. Boleh tak saya nak tahu saya masih jadi member Shaklee atau tak? Sebab saya nak beli Vitamin dengan harga Member. Boleh tak?"
Ini antara soalan yang Wan pernah dapat dari customer yang berminat nak beli produk Shaklee dengan Wan. Mesti ramai yang tak berapa faham dan tak tahu kan jadi Member Shaklee ni ada expired ke? So jom baca entry Wan kalini, Wan dan team-team yang lain akan share tentang Renewal Membership Shaklee.
Assalamualaikum pembaca Sekalian, topik entry kalini Wan akan share macam mana nak Renew Membership Shaklee. Kalau sebelum ni Wan ada share topik entry Wan iaitu Cash Rebate Shaklee, dan kalini Wan akan terangkan lebih lagi macam mana korang perlu Renew Membership Shaklee korang.
Mesti korang tertanya kenapa korang perlu Renew Membership Shaklee ni? Sangat penting tau. Sebab Vitamin Shaklee merupakan produk yang sangat-sangat penting dalam penjagaan kesihatan kita tau. Dan apa yang paling penting kita tak tahu masa kedepan adakah kita perlukan CashBack dari Shaklee. Tambah dengan keadaan ekonomi sekarang yang agak terkesan buat semua orang.
Setiap SID Shaklee perlu Renew Membership mereka setiap setahun sekali, iaitu pada tarikh hari lahir korang. Korang akan dapat mesej popup dalam Web Shaklee atau melalui emel korang dalam tempoh 3 bulan sebelum tarikh lahir korang. Dan kadang-kadang korang juga akan tahu melalui Upline atau orang yang daftarkan anda dalam Shaklee untuk Renew Membership Shaklee korang.
Macam mana ye nak Renew Membership?
Ini antara contoh Membership mereka yang dah Expired. Kebiasaanya bila korang buka Web Shaklee dan selepas korang login korang akan terus dapat popup mesej ni.
Berapa lama tempoh Membership Shaklee ID kita aktif? Tempoh aktif Membership Shaklee adalah selama Setahun.
CARA MUDAH UNTUK RENEW MEMBERSHIP SHAKLEE
1) Renew Ahli Shaklee bagi yang Aktif
Setiap Ahli Shaklee perlu Renew Membership mereka tau setiap tahun. Tak kira walaupun korang aktif membeli setiap bulan. Tetap Wajib untuk korang Renew Membership setiap kali tarikh Birthday korang. Ini adalah untuk memudahkan korang ingat tarikh Renew Membership, Mudah kan?
Apa yang korang perlu lakukan kalau membership korang dah nak expired?
✓Bayar yuran Renew sebanyak Rm35
✓Belian apa-apa produk Shaklee (Tiada minimum harga) dan dapat FREE MEMBERSHIP.
Korang boleh buat belian melalui Shaklee Web, Branch Shaklee atau melalui upline korang. Dan Upline korang akan bantu untuk renew kembali korang punya Membership.
Bila korang bayar yuran Renew korang, korang akan automatik aktif. Tapi, korang tak rasa rugi ke bila bayar RM35 tu untuk aktifkan ID semata. Kan lebih baik korang jimatkan RM35 korang tu.
Hah boleh ke? Boleh je ampa😂. Yang penting korang pun dapat produk Shaklee tu hah🤭 Dan korang hanya perlu bawak keluar duit RM34 sahaja untuk dapat 1 Krim Herbal Blend dan korang dapat Auto Renew Membership korang secara Percuma😱.
Setakat ni korang rasa mudah tak untuk korang Renew? Bagi Wan tersangat mudah. Korang boleh je grab apa-apa produk Vitamin Shaklee. Untung-untung mana tahu korang dapat Cashback dari Shaklee juga kan.
Korang tak familiar dengan web Shaklee? Jangan risaulah. Korang boleh je minta tolong dengan orang yang dah daftarkan Membership korang tu ja. Dan paling penting korang kena ingat ID dan password korang ye🤭
2) Renew Ahli Shaklee yang Luput dalam tempoh 1 tahun
Bagi yang dah luput dalam tempoh 1 tahun korang boleh je guna kaedah yang sama macam diatas. Sama ada korang nak bayar yuran keahlian sebanyak RM35 atau buat belian mana-mana produk-produk Shaklee.
Atau korang nak grab terus Set Promo-Promo Shaklee? Boleh je tau😘 Korang grab Promi Flash Sale ni pun, korang dah dapat Renew korang punya Membership Shaklee korang secara PERCUMA.
3) Renew Ahli Shaklee yang Luput Lebih dari 1 tahun
Sekiranya korang pernah menjadi Ahli Shaklee. Dan akan tetapi nama korang sudah tiada dalam Sistem Shaklee disebabkan tempoh yang lama korang tak aktifkan. Korang boleh terus berdaftar dengan orang yang pernah berdaftar dahulu.
Atau korang nak cari upline yang baharu, korang boleh je terus cari Wan. Haa.. Wan akan bantu korang untuk daftar Keahlian yang baru. Atau korang nak daftra sendiri? Boleh je awak. Terus je tekan link bawah ni okay.
Atau korang boleh terus hubungi Wan
And Kalau korang nak jadi Member Shaklee semula. Korang boleh je grab Set-set Promo yang Shaklee tawarkan kepada korang tau.
Nak Renew Membership korang pun, korang boleh terus beli Vitamin C dengan harga promo ni. Memang Shaklee sangat-sangat memudahkan Ahli yang berdaftar bawah mereka tau.
Nak Wan bantu korang? Meh terus wassap Wan okay 012-5334906 (tekan je link nombor Wan tu😬)
Wan Syafiqah
Pengedar Sah Shaklee Padang Serai
012-5334906
SID 1691556
#blogmegashaklee #shakleeblogger #pengedarsahshaklee
Ulasan
Catat Ulasan