Bisnes Online Shaklee Terbaik Di Malaysia

Assalamualaikum Dan Salam Ramadan buat para pembaca. Kalau sebelum ni Wan pernah share tentang Sebab kenapa bisness shaklee best. So harini Wan nak cerita kenapa Shaklee Bisnes online terbaik di Malaysia. Bila sebut je nama Shaklee siapa je yang tak tahu kan. Mostly ramai je yang tahu tentang produk shaklee ni. Tentang kebaikan, kelebihan, shaklee effect dan sebagainya lah. Jom baca bisnes online terbaik di Malaysia.
Sebelum Wan terjebak dengan bisnes Shaklee Wan pernah je buat bisnes lain. First bisnes yang Wan buat masa zaman Wan belajar adalah menjadi droship beg tangan wanita. Masa tu first time Wan buat. Bayangkan tak pernah buat bisnes online. Tetiba menjual tanpa diajar oleh leader masa tu. Struggle juga la masa tu dan end up Wan pun stop sebab rasa susah sangat nak survive. 

Then Wan jadi droship pulut kuning dan kek brownies. Okay masa ni letih usah cakap la. Naik turun tangga setiap blok sebab buat cod kan. Masa tu dapat la untung seringgit, tapi seronok tak kira sebab dapat duit tambahan. Lepastu berani kembali nak jadi droship. Masa zaman viral Samyang megi korea Wan pernah bawak kluar modal yang agak besar bagi student macam Wan. Masa tu rasa mudah and boleh suvive. Rupanya tak juga. End up terpaksa jual below cost sebab nak dapat balik duit yang Wan dah labur untuk beli megi. Masa tu memang serik dah tak mau buat bisnes yang melibatkan pengeluaran kos modal. 

Lepastu bermula perjalanan jadi droship minyak bidara dan lipmate. Habis belajar Wan nak extra lagi income dengan buat bisnes lain, jadi droship choco rice pulak masa tu. Struggle ya mencari duit. Wan ingat Wan boleh bertahan lama rupanya tak juga. Maklumlah masa tu jual produk bermusim dan bila leader beralih bisnes lain. Maka terkulat-kulat Wan nak buat bisnes ni. Dah tak tahu nak dapat stock dekat siapa. Dan sampailah Wan decide nak join bisnes Shaklee dan tinggal semia bisnes yang Wan dah buat sebelum ni. 

Tapi tak ramai yang tahu apa yang Shaklee boleh bagi kepada SID, pengedar sah shaklee atau pengguna Shaklee. Bila dah join bisnes Shaklee sungguh Wan teepikir kenapa tak dari dulu lagi Wan tau pasal Shaklee ni. Bisnes Shaklee sangat sistematik berbandinh dengan produk-produk lain bagi Wan. Dan paling penting group dan leader yang sangat supportive.

Selain Dari untung runcit hasil jualan, SID juga akan dapat komisyen atau cash bonus atas usaha mereka yang telah berjaya menjual produk. Dan yang paling menariknya. Pengedar Sah shaklee tidak perlu mengeluarkan modal perniagaan dan tidak perlu simpan stock barang. 
KENAPA BISNES ONLINE SHAKLEE BISNES TERBAIK DI MALAYSIA?
1) Kos Permulaan yang Rendah / Zero Cost Marketing
Untuk memudahkan Bisnes dalam talian adalah lebih mudah dan murah kerana anda sebagai penjual/pengedar tidak perlu mengeluarkan modal yang tinggi. Kebiasaanya kita sudah terbiasa dengan "Duit Modal" untuk memulakan sesuatu perniagaan. Banyak persediaan yang diperlulan antaranya duit modal barang, duit tapak/sewa kedai, utiliti dan bermacam lagi. 
Kalau korang nak tahu jika kita memulakan Bisnes Online anda tidak perlu pening memikirkan kos yang tinggi. Mudah bukan. Malah tanpa kedai, tanpa barang fizikal korang dapat melakukan bisnes online ini hakta sedang bercuti sekalipun korang dapat mempromosikan produk jualan korang. 

Akan tetapi korang perlu bijak memilih Bisnes yang sesuai dengan bejet korang. Ada juga Permulaan Bisnes online yang memerlukan duit modal yang tinggi. Korang nak mulakan Bisnes online tanpa modal? 
Korang boleh mulakan Bisnes online dengan Shaklee. Kenapa Wan cakap Shaklee? Kerana Bisnes online Shaklee adalah yang paling mudah. Korang boleh pilih untuk memulakan perniagaan online anda dengan beberapa cara ini. 

a) Bayar yuran keahlian hanya RM35 sahaja atau

b) Kumpul order dan buat belian produk dengan belian 100UV korang layak dapat Free Membership atau

c) Buat belian Produk Promosi untuk dapat Free Membership sebagai contoh Promosi Rahmah untuk bulan ini dengan bayaran RM99 anda dapat setong ESP, Sebotol Vitamin C Dan Free Membership. 
Selepas korang mendafar SID dengan Shaklee, korang boleh terus memulakan bisnes online seperti biasa. Mudah tak bila buat Bisnes dengan Shaklee? 
Berminat nak daftar Bisnes Shaklee terus tekan link ini ya. >>Saya BERMINAT<<

2) Tidak Memerlukan Kedai Fizikal
Apa yang korang perlukan untuk memulakan bisness online hanyalah Jaringan Internet yang elok dan handphone atau lagi extra laptop atau pc. Ya sudah cukup untuk korang memulakan bisnes online ini. Korang dah tak perlu pening-pening mencari tapak perniagaan dan sebagainya. Korang hanya perlu aktif dilaman sosial seperti facebook, facebook page, instagram, tiktok dan medium-medium media sosial yang lain. 

3) Pilih Produk yang Selamat dan Diyakini
Zaman sekarang ni terlampau banyak ya produk-produk yang dijual secara online. Kadang sampai terjadi aniaya kepada penjual dan juga pembeli. Bermacam yang kita dengar. Wan sendiri pernah berada ditempat itu, so korang kena bijak memilih. Dan Wan bersyukur sebab dapat bertemu dengan produk Shaklee. Masa mula-mula Wan join Shaklee Wan sendiri terkejut rupanya produk Shaklee ni dah lama wujud dalam dunia ini. Bahkan pengasasnya merupakan manusia pertama yang mecipta Vitamin untuk manusia. 
Wan bangga sebab Wan dapat duduk dalam lingkungan Shaklee ni. Dan Wan paling suka dengan motto pengasas Shaklee ni. 

“ Kami membuat produk yang lembut kepada alam sekitar dan tidak pernah membuat ujian ke atas haiwan. Saya tidak akan mencipta produk yang akan merosakkan satu sel tisu di dalam badan. ”

Dr. Forrest C. Shaklee
Pengasas, Shaklee Corporation.

Nak baca lebihh tentang Shaklee boleh tekan link yang Wan sediakan ni.

 >>TENTANG SHAKLEE<<


4) Risiko yang sangat Rendah

Kalau Wan compare dengan bisnes lain, semuanya perlu keluarkan modal untuk stock sendiri, bila dah ada stock yang bertimbun, mulalah kita jadi panik. Dan macam isu yang viral zaman sekarang, agent resah kerana stock yang bertimbun. 

Tapi dalam Shaklee korang tak perlu pun nak risau dengan isu lambakan stock. Sebab korang hanya perlu order barang bila dapat customer. Dalam erti kata lain, korang tak perlua menanggung risiko rugi langsung. Mudah sangat korang hanya perlu order dalam Web Shaklee, dan tak perlu uruskan postage. Sebab bila korang order Web, semua Hq Shaklee uruskan untuk pembungkusan, parcel dan penhantaran. Barang akan sampai terus ke rumah korang atau pelanggan korang. Mudah kan?

5) Group Support yang sangat Menarik
Bila korang masuk dalam bisness Shaklee ni korang akan dapat group yang sangat-sangat supportive. Pendek kata korang pun tak sempat nak bosan atau ketandusan idea. 
Mudah tak bila bahan-bahan marketing pun disediakan oleh Leader-leader yang hebat. Langsung tak lokek nak share bahan-bahan. Tinggal korang nak post ke sosial media korang saja tau. Best kan. Malah dari team HQ Shaklee juga tak tinggal SID mereka. 
Bestkan bila dapat berada dalam suasana yang support each other. Korang bukan saja dapat jual produk tapi turut dapat ilmu-ilmu baru tentang bisnes. 
                   Kelas Zumba Virtual
          TIPS KULIT CANTIK DAN MUDA
                    KOMUNITI TIKTOK 
Apa yang paling best korang tak perlu nak keluar duit pun untuk masuk ke kelas-kelas seperti ini. Cuma perlu sediakan diri sahaja. Nak masuk group yang active, korang boleh join team Wan 😘

Dan sepanjang 2 tahun bersama bisnes Shaklee tak pernah sekali pun rasa ketinggalan dan menyesal. Tapi Wan paling menyesal sebab tak kenal Shaklee dari zaman belajar. Dah banyak bisnes online lain yang Wan dah buat. Tak semeriah dan dan supportive begini. Struktur yang sangat jelas telah Shaklee tawarkan kepada SID mereka. 
Buat korang yang masih mencari-cati bisnes online yang sesuai? Wan doakan urusan korang dipermudahkan. Dan  Wan tahu tak mudah untuk hidup dengan keadaan ekonomi pada masa sekarang. Semoga kita semua kuat menempuh ujian ini. 
Nak join bisnes Shaklee dengan Wan? Wan sangat alu-alukan. Wan bantu sampai korang dapat apa yang korang nak dan paling penting zero risk. 

Boleh terus wassap Wan dengan tekan link ini 
Wan Nur Syafiqah
SID 1691556
PENGEDAR SAH SHAKLEE PADANG SERAI
012-5334906

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dapat Cash Rebate Shaklee dengan Vitamin Percuma

Testimoni Shaklee Saya - Selamat Tinggal Painkiller

Multivitamin Shaklee kini Berwajah Baru